Thursday, 22 September 2016

GAMBAR- GAMBAR E-DAGANG DI MALAYSIA








SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN - E-DAGANG

PENGGUNAAN E-DAGANG OLEH USAHAWAN – USAHAWAN DI MALAYSIA

1.0         SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG
Perkembangan era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh dunia telah membawa perubahan dalam perniagaan yang kompetitif (Beatty, Shim, dan Jones, 2001; Chong, Ooi, Lin & Tang, 2009; Cohen & Kallirroi, 2006; Ifinedo, 2011). Kewujudan dunia tanpa sempadan menyebabkan sesuatu perkara yang mustahil untuk dilakukan, kini dapat dilakukan dengan mudah berbantu kecanggihan teknologi ICT (Chong & Pervan, 2007; Davis & Vladica, 2006; Hadaya, 2006; Huang, Janz & Frolick, 2008). Kemunculan teknologi Internet membawa satu perubahan besar terhadap gaya hidup penduduk dunia (Abu Bakar A. Hamid & Rohaizat Baharun, 2004; Khong, Siong, Binshan & Uchenna, 2009; Sarmila Md. Sum & Faridahanum Othman, 2005).
Bandyo (2002), Brian (1998), Cubilllo (2008) dan Saffu, Walker & Hinson (2007) menyatakan Internet menjadi pilihan utama oleh usahawan kerana kos perkhidmatan yang murah serta sesuai untuk syarikat bersaiz kecil dan sederhana yang mempunyai peruntukkan kewangan yang terhad. Awal kemunculannya, Internet hanya tertumpu kepada penggunaan elektronik mel (e-mel) dan perpindahan data daripada rangkaian sebuah komputer kepada komputer yang lain, kini bukan sahaja aplikasinya memberikan impak yang besar dalam kehidupan manusia, malah turut mempengaruhi dunia perniagaan yang sentiasa memerlukan perubahan positif (Allan, Annear, Beck & Beneren, 2003; Al-Qirim, 2007; Boeh-Ocansey, 1996; Brady, Fellenz & Brookes, 2008; Cragg, Mehrtens & Mills, 2001; Neely & Marr, 2000; Saloner & Spence, 2002; Timmers, 2007).
Penggunaan Internet di Malaysia bermula pada tahun 1990 apabila MIMOS Berhad melancarkan perkhidmatan JARING sebagai Penyedia Servis Internet (ISP) pertama, diikuti pelancaran ISP kedua oleh Telekom Malaysia (TM) pada tahun 1996 (Ainin Sulaiman, 2000; Azham Hussain, Fazillah Mohd. Kamal & Ruheila Afzan Musa, 2005; Khairul Nizam Zainal Badri, 2006). Keupayaan Internet membolehkan urusniaga dapat dilaksanakan melalui atas talian yang dikenali Elektronik Dagang atau E-Dagang (Caldeira & Ward, 2003; Kapurubandara & Lawson, 2006; Levy & Powell, 2005; Simpson & Docherty, 2004; Timmers, 2007; Wardati Hashim, 2006).
Dalam masa singkat, penggunaan E-Dagang telah dijadikan sebagai medium perantara dalam pelbagai aktiviti syarikat, ia menjadi pilihan di kalangan ahli perniagaan sebagai pengganti kepada sistem konvensional (Chong & Pervan, 2007; Emasria Ismail, 2006; Jeyaraj, Rottman & Lacity, 2006; Li, Lai & Wang, 2010; Mohd. Khairi Nordin, 2004; Tassabehji, 2003; Turban, King, Viehland & Lee, 2005). Penggunaan E-Dagang dalam urusniaga bukan sahaja sebagai medium pembangunan yang penting, malah sebagai detik pembaharuan dalam menerokai strategi pemasaran yang lebih luas sehingga ke peringkat global (MacGregor & Vrazalic, 2005; Martinez & Martinez, 2010; Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli, 2003; Raymond & Bergeron, 2008; Thanasankit, 2003).
Berdasarkan Laporan Tahunan PKS (2006), Kerajaan Malaysia telah menyediakan peruntukan sebanyak RM12.9 billion untuk meningkatkan penggunaan teknologi ICT khasnya E-Dagang dalam sektor PKS, ia sebagai usaha memperkukuhkan lagi sistem pengurusan dan pengeluaran sektor terbabit. Selain itu, beberapa agensi Kerajaan seperti Perbadanan Penbangunan Teknologi Malaysia (MTDC), SME Corp dan Perbadanan Biotek Malaysia (MBC) turut memberi kerjasama dalam memperkenalkan teknologi ICT khasnya E-Dagang kepada usahawan KS (MITI, 2009; SME Corp 2009).

1.1         E-DAGANG
Secara umumnya, e-dagang boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang membolehkan penjualan dan pembelian barangan atau perkhidmatan oleh penjual dan pengguna di internet. Menurut sumber dari investwords.com, e-dagang merupakan satu sistem website yang mempunyai keupayaan untuk membolehkan proses mencari dan memilih produk dalam katalog secara atas talian dan kemudiannya diakhiri dengan proses pembayaran sama ada melalui kad kredit atau kad debit, pindahan wang secara terus ke bank dan Pay Pal. Bagi pembayaran melalui kad kredit, kad debit dan pindahan wang ke bank, kebiasaannya, pemilik atau penjual perlu mendapatkan khidmat syarikat yang menawarkan gerbang pembayaran berserta yuran tertentu, sebagai contoh iPay88, Net Builder, MOLPay dan sebagainya. Terdapat juga pada masa kini, perkhidmatan pembayaran langsung ke bank diwujudkan bergantung pada terma dan syarikat yang ditentukan. Kalakota dan Whinston (1996) telah mendenifinisikan e-dagang kepada empat perspektif iaitu:-
      i.        Perspektif komunikasi – penyampaian maklumat, produk atau perkhidmatan melalui cara elektronik;
    ii.        Perspektif perniagaan – merupakan satu aplikasi teknologi ke arah transaksi perniagaan automatic;
   iii.        Perspektif perkhidmatan – pengurangan kos besar-besaran di samping meningkatkan kualiti dan mempercepatkan kelajuan perniagaan dan perkhidmatan penghantaran; dan
   iv.        Perspektif dalam talian – e-dagang merujuk kepada kemungkinan untuk membeli atau menjual produk dan maklumat serta perkhidmatan dalam talian lain.
                                                                                
2.0         KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN
Teknologi merangkumi satu konsep yang sangat luas dan ia digunakan untuk merujuk kepada beberapa cabang sains dan kajian. Antara contoh teknologi adalah teknologi maklumat, teknologi perubatan, bioteknologi dan sebagainya. Teknologi juga merupakan pembangunan dan penggunaan alat, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ia juga membawa maksud tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki dalam bidang ekonomi. Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.
Pada masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Ia berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan. Selain menjadi komponen yang penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global.
Selain itu, pembangunan teknologi akan bertambah pantas dan bukan sebaliknya. Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras dengan teknologi yang semakin maju ini. Kelebihan –kelebihan teknologi kepada usahawan adalah:-
                      i.        Teknologi ialah antara kelebihan penting kepada setiap usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun. 
                    ii.        Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan. 
                   iii.        Mengembangkan perniagaan ke negara – negara lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti internet dan e-dagang. 
                   iv.        Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat, melalui pelbagai bentuk media.
                    v.        Meningkatkan produktiviti usahawan. Para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat melalui emel, SMS dan pelbagai medium lain.
                   vi.        Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat. Pembentangan produk boleh dilakukan pada bila – bila masa dan lebih menarik dengan informasi yang tersimpan di dalam komputer atau tablet PC. Maklumat stok serta pelbagai strategi lain lebih mudah disimpan dan dirujuk dengan menggunakan perisian terkini untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar. Menyimpan maklumat pengguna dan produk belian mereka dengan efisien dan ini memastikan pengulangan pembelian kerana servis lepas jualan yang pro-aktif dan pantas.
                  vii.        Bersedia untuk pembangunan masa depan. Teknologi dapat memastikan statistik dan maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi perancangan bisnes masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas, selari dengan perkembangan dunia perniagaan.
                viii.        Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta peluang pekerjaan yang baru.
                   ix.        Memperbaiki mobiliti pernigaan. Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat dengan membenarkan stokis menggunakan alat – alat elektronik peribadi untuk membuat paparan jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat. Alat – alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan oleh syarikat untuk menerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan dan seterusnya mewujudkan kelebihan berdaya saing dalam industri.
                    x.        Komunikasi dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
                   xi.        Keberkesanan kos. Teknologi membolehkan proses perniagaan dikomputerkan dilaman perniagaan akan mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakna peralatan mesin yang berteknologi.
                  xii.        Globalisasi. Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling-bergantung. 

3.0         TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA
Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang tahun 2015 berbanding 18 juta orang pada tahun 2012, demikian menurut Laporan Ekonomi 2013/2014 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Menurut laporan itu kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan. Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di Malaysia adalah pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka mencecah RM5 bilion menjelang tahun 2014 berbanding RM1.8 bilion pada tahun 2010. Menurut laporan itu, Malaysia adalah antara tiga negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian pada tempoh 12 bulan lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan dan tempahan hotel, telah menerajui pembelian produk dan perkhidmatan dalam talian.
Tambahan pula pembelian melalui Internet telah dipermudahkan lagi dengan pembayaran elektronik melalui perbankan dalam talian atau kad kredit. Menurut laporan berkenaan, peningkatan jumlah pengguna Internet dan pembeli dalam talian menggambarkan potensi pasaran yang luas untuk perniagaan dalam talian. Syarikat yang tidak mempunyai laman web atau menawarkan pembelian dalam talian perlu mengubah perniagaan tradisional mereka kepada perniagaan dalam talian supaya tidak kehilangan pengguna yang semakin meningkat.
Selain daripada itu, adalah penting untuk perniagaan menumpukan perhatian kepada pelanggan telefon mudah alih kerana bilangan mereka jauh melebihi pengguna Internet. Laporan itu menyebut rakyat Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari Internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan Internet yang meluas untuk rangkaian sosial. "Kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91 peratus dengan satu daripada tiga minit yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial. 11.8 juta rakyat dianggarkan mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80 peratus melayari Internet untuk mengakses Facebook," kata laporan itu. Laporan itu turut menyebut kebanyakan perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana masih kurang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kerana sumber kewangan yang terhad, kekurangan pengetahuan teknologi, serta kos juruteknik dan aplikasi perisian yang tinggi.
Jelas laporan tersebut, capaian Internet adalah rendah bagi PKS dan usahawan disebabkan kos jalur lebar dan pendaftaran domain yang tinggi. "Sebagai contoh, pada 2010, kos sebanyak AS$143 dikenakan untuk mendaftar domain di Malaysia berbanding AS$64 di Taiwan dan US$24 di Amerika Syarikat," kata laporan itu. PKS meliputi 97.3 peratus atau 645,136 daripada semua pertubuhan perniagaan di Malaysia tetapi hanya 100,000 perniagaan yang mempunyai laman web dengan hanya 20 peratus daripada PKS menggunakan ICT secara meluas dalam operasi harian mereka, kata laporan itu.
Menurut laporannya lagi, pada tahun 2010, penembusan jalur lebar dalam kalangan perniagaan adalah rendah pada kadar 33 peratus manakala perbelanjaan pengiklanan dalam talian juga rendah, hanya satu peratus daripada bajet perniagaan di negara ini. Ia turut menarik perhatian bahawa terdapat juga isu seperti keselamatan dan rangkaian yang mana menurut Paypal, lebih banyak pengguna akan menambah pembelian dalam talian sekiranya aspek keselamatan dipertingkatkan.
Kesimpulannya, menurut laporan itu, adalah penting untuk PKS dan usahawan serta pengguna menggunakan ICT serta menerima teknologi digital secara menyeluruh selari dengan transformasi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi.

4.0         CABARAN ATAU HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA
Secara umumnya banyak isu dan cabaran yang dihadapi dalam perniagaan e-dagang memandangkan industri ini masih baru berkembang di Malaysia. Walau bagaimanapun, potensi e-dagang semakin penting pada masa kini dan pada masa akan datang. Kepentingannya juga adalah selari dengan perubahan teknologi dan gaya hidup masyarakat terutama di kawasan bandar – bandar besar. Cabaran dan halangan penggunaan e-dagang di Malaysia ialah :-

4.1         Kesahihan Maklumat
Maklumat yang tepat dan sahih adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan maklumat dan sekaligus mengelakkan penganiayaan pelanggan. Pihak yang tidak bertanggungjawab akan memberi maklumat palsu semata – mata untuk menarik perhatian pelanggan tetapi maklumat yang diberi tidak sama seperti yang diuar – uarkan dalam media sosial. Saban hari terdapat ramai pelanggan yang tertipu apabila mendapat produk tiruan setelah membayar dengan harga yang tinggi atau mendapat barangan yang lain seperti yang dilihat dalam internet. Ini menyebabkan ramai pelanggan berasa was – was untuk membeli dan ini sekaligus akan memberi kesan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan dengan jujur. Keadaan ini umpama kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

4.2         Kes – kes Penipuan Berbentuk Kewangan
Selain daripada kesahihah maklumat, kita juga seringkali membaca dan mendengar kes – kes penipuan berbentuk kewangan. Penipuan ini telah semakin merebak dan semakin ramai yang menjadi mangsa penipuan. Pada masa sekarang, kita jarang mendapat perkhidmatan “cash delivery” yang menuntut pembayaran apabila barang sampai ke destinasi kita. Kebanyakkan perniagaan yang dilakukan sekarang melakukan transaksi pemindahan wang secara talian dan apabila mereka mendapat barangan yang tidak berkualiti adalah sukar bagi mereka untuk menuntut ganti rugi atau mengambil balik wang mereka. Malahan ada di kalangan mereka yang melarikan diri apabila mendapat wang dan meninggalkan pelanggan terkapai – kapai tanpa sebarang jawapan. Sekurang – kurangnya jika pelanggan datang sendiri ke premis perniagaan dan memilih sendiri barangan yang berkualiti dan memuaskan, kes – kes penipuan ini dapat dielakkan.

4.3         Masalah Keselamatan
Masalah keselamatan juga menjadi isu dalam penggunaan e-dagang. Ini kerana orang lain dapat mengakses masuk ke dalam data kita tanpa kebenaran kita. Kita seringkali mendengar “Facebook” dipecah masuk oleh penggodam yang tidak berpuas hati atau yang mempunyai niat yang tidak baik. Usahawan seharusnya sentiasa dalam keadaan peka dengan maklumat syarikatnya lebih – lebih lagi jika menggunakan media sosial sebagai pemasaran produk dan perkhidmatan mereka. Serangan mungkin akan berlaku akibat suka – suka ataupun sabotaj daripada pesaing mereka. Malahan gosip dan fitnah juga akan tersebar tanpa kawalan dan sekaligus akan memberi imej buruk kepada usahawan dan perniagaan. Sekarang dengan jari sahaja, pelbagai anasir buruk dan kritikan yang mampu menjatuhkan kredibiliti sesorang usahawan akan disebarkan dalam media sosial. Kerana kecanggihan media sosial yang boleh diakses pada bila – bila masa, maklumat salah akan disebarkan dan tersebar dalam tempoh yang singkat dan adalah sukar untuk mengawalnya jika sudah tersebar.

4.4         Gaya Pengiklanan
Kita juga berfikir bahawa proses perniagaan adalah mudah untuk dilakukan melalui internet adalah mudah dimana mereka hanya meninggalkan pautan atau “link” untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. Namun mereka bukan sahaja akan digelar “spammer” malah akan kehilangan pengikut mereka. Sesetengah usahawan dan ahli perniagaan juga akan dinasihatkan oleh pakar IT untuk mendapatkan alat pengurusan internet yang melibatkan kos yang tinggi tetapi gagal untuk menggunakannya untuk mendapatkan hasil keuntungan yang memberansangkan ke atas pelaburan mereka. Usahawan juga perlu mengupah sekumpulan pekerja yang mahir dalam proses penggunaan internet. Ini akan menyebabkan perbelanjaan yang tinggi. Malahan usahawan juga akan membelanjakan keuntungan untuk mendapatkan lebih banyak sambutan daripada pelanggan. 90% kejayaan perniagaan adalah adalah bergantung kepada kepada gaya pengiklanan yang berkesan dan berterusan.

4.5         Masa Yang Diluangkan
Para usahawan juga tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melayari internet. Menurut Perniagaan Insider, Amerika menghabiskan sekurang – kurangnya 37 minit pada internet setiap hari dan tempoh jangkamasa tersebut akan sentiasa berubah mengikut bidang industri yang diceburi. Untuk perniagaan yang baru berkembang, kekangan masa adalah antara cabaran yang akan dihadapi oleh usahawan. Mereka akan menghabiskan masa di antara 8 sehingga 14 jam sehari di media untuk mempromosi dan memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka lebih – lebih lagi bagi mereka yang baru menceburi bidang perniagaan dalam internet dan menguruskan pelbagai bidang platform.

4.6         Keperluan Untuk Menganalisis Strategi Setiap Masa
Sesungguhnya untuk melakukan pemasaran yang berkesan melalui internet memerlukan memerlukan penyediaan, pelan, dengan jadual yang betul dan kandungan yang baik untuk dikongsikan bersama. Jika seseorang usahawan itu tidak mempunyai pelan dan strategi yang berkesan untuk memperkembangkan perniagaannya, dia akan mendapat pulangan atau hasil yang kurang memuaskan. Seseorang usahawan juga perlu menganalisis strategi e-dagang mereka pada setiap bulan dan meminda dan mengubah suai strategi untuk memenuhi permintaan pasaran terkini. Ini bukan tugas yang mudah apabila perubahan teknologi  yang berlaku sangat pantas. Mereka juga harus mempertimbangkan waktu mereka membuat pengiklanan dan promosi jika pelanggan mereka dari zon waktu yang berlainan. Untuk itu, setiap usahawan perlu menghadiri seminar atau kursus usahawan e-dagang yang sentiasa dianjurkan oleh pakar – pakar internet. 

5.0         FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG
Seperti yang telah dinyatakan dalam pengenalan e-dagang, salah satu keperluan yang mesti ada bagi perniagaan ini adalah sistem laman web yang berupaya untuk melaksanakan kesemua proses pembelian. Proses ini melibatkan pemilihan produk di katalog, pengesahan pemesanan sehinggalah proses pembayaran oleh pembeli. Sehubungan itu, adalah wajar bagi pengusaha e-dagang mengambil kira faktor –faktor pendorong sebelum memulakan perniagaan ini. Antara faktor yang terlibat adalah :-

6.1       Meminimakan Kos Pengiklanan
Meminimakan kos pengiklanan merupakan di antara faktor – faktor pendorong penggunaan e-dagang. Jika dulu syarikat – syarikat besar sahaja yang berkemampuan menggunakan laman web sebagai strategi pemasaran namun pada hari ini, iklan dan promosi dari peniaga – peniaga kecil juga turut menghiasi laman media sekarang. Tidak dinafikan lagi bahawa mereka dapat mengurangkan kos pengiklanan mereka jika dibandingkan dengan cara pemasaran lain selain media sosial. Banyak perniagaan besar dan terkenal telah memanfaatkan media sosial sebagai media publisiti untuk memperkenalkan produk mereka. Contohnya melalui penggunaan Facebook kerana usahawan sedar akan pengguna Facebook yang sangat ramai dan ini memudahkan lagi aktiviti pemasaran.

6.2         Interaksi Secara Langsung Dengan Pelanggan
Terdapat juga perniagaan yang menggunakan media sosial yang menyediakan ruangan khidmat pelanggan mereka. Interaksi dengan pelanggan adalah perkara yang penting dalam apa jua perniagaan dan setiap maklumbalas daripada mereka akan meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan lain dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan cara ini, mereka boleh memberikan khidmat yang lebih cepat malah dapat mengeratkan lagi hubungan dengan pembeli mereka yang sedia ada. Pelanggan akan memberi maklum balas yang positif untuk perkhidmatan yang memuaskan dan begitu juga sebaiknya. Seperti yang kita sedia maklum, maklum balas dalam media massa memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan memandangkan ianya dapat dibaca oleh pembaca maka maklum balas yang positif akan menarik lebih ramai pelanggan baru manakala maklum balas yang negatif pula sebaliknya. Maklumat yang diperolehi daripada maklum balas ini akan digunakan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi mereka sendiri sebagai seorang usahawan dan perniagaan mereka. Itulah sebabnya mengapa media sosial ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pemasaran masa kini.

6.3         Tempat Untuk Meluaskan Pemasaran
E-dagang juga menjadi tempat untuk meluaskan pemasaran yang efektif kerana kemudahan internet itu sendiri yang kini manfaatnya boleh dinikmati oleh berbagai kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Sebagai contoh, apabila kita membuka tapak jualan ataupun kedai, pelanggan akan tertarik kepada orang ramai yang berkumpul di kawasan kita berniaga. Ini juga sama berlaku kepada perniagaan di media sosial di mana pembaca akan tertarik kepada “page” yang mendapat sambutan yang mengalakkan malah mereka akan terus memberi perhatian sepenuhnya apabila terdapat pelanggan yang membeli produk yang sama berulang-kali dari peniaga yang sama.

6.4         Proses Penyebaran Informasi Dan Maklumat Menjadi Lebih Mudah
Dengan kemudahan e-dagang, proses penyebaran informasi dan maklumat menjadi lebih mudah kerana pemilik media massa tersebut hanya perlu membuat artikel, tulisan, gambar, video, atau apa jua bentuk informasi dan meletakkannya di media tertentu seperti forum online yang dapat mewujudkan medium komunikasi di antara ahli forum yang lain.
6.0         KESIMPULAN
Alam maya boleh mempengaruhi kehidupan dan keputusan yang seringkali kita buat; tetapi biar alam realiti mendahului alam maya kerana pembentukan komuniti alam maya juga perlu memahami nilai sebenar alam di luar media supaya kita boleh bertanggungjawab bersama ke arah pembinaan negara – bangsa yang dihuni oleh masyarakat kelas satu di negara kelas pertama yakni dengan kemudahan dan infrastruktur sebagaimana negara maju termasuk peralatan canggih komunikasi dan teknologi; masyarakat kelas satu dirujuk kepada masyarakat yang ada ilmu, kemahiran dan kebolehan tetapi kesemuanya diselaputi dengan nilai karakter mulia.
Jika nilai – nilai ini dipupuk, dididik dan dijadikan amalan dari awal atas usaha bersama pelbagai ejen seperti keluarga, sekolah, universiti, media dan rakan sebaya serta agensi berwajib termasuk pemimpin sendiri; maka pengaruh media sosial boleh dimaksimakan untuk tujuan yang bermatlamatkan nilai – nilai yang diterima ramai dan bukan disebaliknya. Ia tidak boleh dilakukan berseorangan tetapi memerlukan komitmen dan kerjasama pelbagai pihak agar media sosial menjadi ruang penyaluran mesej, isu, berita dan ilmu yang bersesuaian dengan pembentukan masyarakat kelas satu di sebuah negara kelas pertama agar kita tidak hilang segalanya hanya disebabkan oleh tindakan sekelip mata tanpa menyedari kesan untuk jangka panjang.


RUJUKAN
Ab. Hamid Ali, Fadzli Adam, Wan Solihin Wong Abdullah & Wan Abd. Aziz Wan Mohd Amin. (2014). Penerimaan blog sebagai medium agama dalam kalangan pelajar IPTA di Malaysia. Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization. iCasic 2014. 4-5 Mac 2014, Kuala Lumpur, Malaysia.
Ali Salman & Samsudin A. Rahim. 2012. New media and youth participation: towards nation building. Retrieved from http://www.ukm.my/ [08 September 2016].
Amir Said. 2010. Myfriends2u.com alternatif kepada Facebook Dilancar. Dlm.
Oh Malaysia! ohmalaysia.com/myfriends2u-com-alternatif-kepada-facebook/ (Diakses pada 09 September 2016).
Anon. (2015). e-commerce definition. Diperoleh pada 19 September 2016 dari http://www.investorwords.com/1637/e_commerce.html
Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar & Lee Kuan Yee. 2012. Faktor kritikal kejayaan usahawan dalam perniagaan. E-Bangi Journal of Human Sciences and Humanities, 7 (1): 34 – 45.
Berita Harian Online (Ekonomi). 2009. Green Packet perkenal laman portal Ruumz.
6 Februari. www.ruumz.com/Info/Contents/News/Berita%20Harian%20
Ekonomi%20pg28%20-%206Feb09.jpg (Diakses pada 10 September 2016).
Berita Harian Online (Ekonomi). 2010. TM sasar 200,000 pelanggan Yemmz. 22 Mac. http://www.bharian.com.my/articles/TMsasar200_000langganYemmz/Article/ (Diakses pada 15 September 2016).
Bernama Media Release and Event Management. 2009. Get a ‘Ruum’ for a social networking experience with a difference. 19 Januari. mrem.bernama.com/ viewsm.php?idm=12142 (Diakses pada 18 September 2016).
Bowles, C. 2007. Understanding social networks. Slideshare. www.slideshare.net/ Cennydd/understanding-social-networks (Diakses pada 15 September 2016).
Clarestalwi. 2010. Malaysia Media Landscape. Digital Media Across Asia. 22 Mac. comm215.wetpaint.com/page/Malaysia+Internet+Penetration (Diakses pada 19 September 2016).
Chan, C. 2007. Why Malaysian social FriendX is so popular for connecting with people. SoftArea  51.
www.softarea51.com/pressrelease/Why_Malaysia_Friendx_ Is_So_Popular_For_Connecting_With_People.html (Diakses pada 19 September 2016).
comScore. 2008. Social Networking explodes worldwide as sites increase their focus on cultural relevance. comScore World Matrix. 12 Ogos. www.comscore. com/Press_Events/Press_Releases/2008/08/Social_Networking_World_Wide (Diakses pada 19 September 2016).
Fadzley Esa. 2010. Laman sosial baru Myfriends2u persis Facebook dilancar. Komuniti Kita. 17 Mei. komuniti.malaysiakini.com/news/laman-sosial barumyfriends2u- com-persis-facebook-dilancarkan (Diakses pada 19 September 2016).
Facebook Company Profile (n.d). at September 11, 2016. Retrieved from http://www.crunchbase.com/company/facebook
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2015. Diakses daripada https://www.statistics. gov.my/# (20 September 2016).
Klaus, S. (2013). World economic forum. The Global Competitiveness Report 2012 – 2013: Full Data Edition.
Laporan Tahunan 2013 SME Corporation (2013). SME Corporation Malaysia (SME Corp)

Richard, D., Richard, H., Robert, K., Barbara, N. dan Sunil, A., (2006). e-commerce for small enterpise dvelopment: a handbook for entrepreneurs in developing countries. UK: Institute for Development Policy and Management (IDPM).